Trump Diberi Kuasa Untuk Sekat China Dalam Isu COVID-19!

513

Seorang senator Republikan Amerika Syarikat yang terkemuka, Lindsey Graham telah mengusulkan sebuah undang-undang semalam yang akan memberi kuasa kepada presiden Amerika Syarikat untuk menjalankan sekatan terhadap China jika negara itu gagal memberikan penjelasan penuh mengenai peristiwa yang menyebabkan penularan wabak coronavirus.

Menurutnya lagi, jika negara tersebut tidak menipu atau menyembunyikan maklumat tentang wabak berbahaya itu, pasti Amerika Syarikat terselamat dan tiada sebarang penularan wabak yang kini telah mengorbankan lebih 80,000 nyawa. Tambahan daripada itu, senator berkenaan mendakwa bahawa China tidak memberikan kerjasama yang baik terhadap penyelidikan terperinci COVID-19.

Akan tetapi, pengkritik Presiden Donald Trump mengemukakan kenyataan bahawa pemimpin negara itu sengaja menimbulkan isu ini bagi menutupi mata dunia kerana beliau sudah terlalu lewat bertindak dalam menangani penularan virus berbahaya itu.

Menerusi undang-undang yang dikenali sebagai COVID-19 Accountability Act ini, presiden perlu mengemukakan perakuan kepada kongres selama 60 hari bahawa China telah memberikan kerjasama terhadap mana-mana siasatan yang dijalankan oleh Amerika Syarikat, sekutunya atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu seperti WHO.

Selain itu, ianya juga memerlukan bukti bahawa China telah menutup semua pasar basah yang dapat mendedahkan manusia kepada risiko kesihatan, dan membebaskan semua pendukung pro-demokrasi Hong Kong yang ditangkap dalam tindakan keras post-pandemic crackdowns.

Bukan itu sahaja! RUU tersebut akan memberi kuasa kepada presiden untuk menjatuhkan beberapa hukuman, termasuk pembekuan aset, larangan perjalanan dan sekatan visa, serta menghadkan pinjaman kepada perniagaan China oleh institusi Amerika Syarikat dan melarang firma China untuk disenaraikan di bursa negara itu.

Undang-undang ini turut dipersetujui oleh 8 senator Republik lain.

Walau bagaimanapun, Kedutaan Besar Washington mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu berkenaan, tetapi Beijing sekali lagi menegaskan bahawa mereka telah bersikap telus tentang isu COVID-19.

Meskipun begitu, Presiden Donald Trump tetap menyalahkan Beijing dan mendakwa bahawa negara tersebut menyembunyikan maklumat berkenan wabak berbahaya itu yang dipercayai berasal dari sebuah makmal di Wuhan.

Seterusnya, setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo juga mengisyaratkan bahawa sekatan pada masa depan akan dijalankan terhadap China kerana menjadi punca kepada kemusnahan ekonomi global dan kehidupan manusia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat