Trump Lanjut Tempoh Sekatan Sosial, Hasrat Bangunkan Semula Ekonomi AS Terkubur

815

Perkembangan mengenai wabak pandemik coronavirus kekal menjadi tumpuan dagangan awal minggu ini dengan peningkatan mendadak dalam jumlah kes dan angka kematian global, terutamanya Amerika Syarikat semakin membimbangkan.

Amerika Syarikat kini mendahului dengan jumlah kes dilaporkan mencecah 141,854 selepas penambahan 18,276 sehari manakala angka kematian sebanyak 2,484. Ini menjadikan jumlah terkni seluruh dunia mencecah 721,412 kes dan 33,956 kematian.

US dolar terus menyusut, memanjangkan penurunannya berbanding safe-haven yen pada sesi Asia hari ini. Dagangan berisiko pada Jumaat lalu, menyaksikan pasaran ekuiti dan matawang AS ditutup lemah susulan peningkatan drastik dalam kes COVID-19 di negara itu.

Presiden Donald Trump pada hari ini, melanjutkan tempoh sekatan sosial negara sehingga 30 April, dalam usaha untuk membendung jumlah kes dan kematian di negara itu daripada terus meningkat.

Trump sebelum ini memberitahu bahawa beliau ingin membangunkan semula ekonomi Amerika Syarikat pada Easter Day, 12 April, namun dengan pengumuman ini, ia menyebabkan beliau terpaksa melupakan hasrat tersebut.

Indeks dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama diniagakan meningkatan 0.2% kepada 98.59.

Mengikuti perkembangan di Eropah, matawang pound diniagakan mendatar berbanding US dolar dan menyusut berbanding safe-haven yen pada dagangan awal minggu. Jumaat lalu, Perdana Menteri UK Boris Johnson mengesahkan beliau telah dijangkiti COVID-19 sehingga memaksa beliau mengasingkan diri di rumah.

Sementara itu, euro mula mempamerkan penyusutan pada sesi Asia hari ini, namun kekal diniagakan mengukuh berbanding US dolar.

Dolar Aussie gagal mempertahankan pengukuhannya pada minggu lepas berbanding US dolar. Perdana Menteri Australia, Scott Morrison memberi isyarat untuk mengambil lebih banyak langkah dalam menangani impak COVID-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat