Trump Menuduh Jerman Dikawal Oleh Rusia – Ini Reaksi Merkel

778

Pada hari Rabu, dalam perjumpaan para pimpinan anggota NATO yang barlansung di Brussels, Belgia, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah menuduh Jerman bahawa negara itu telah dikawal oleh Rusia.

Trump menyebut hubungan antara Jerman dan Rusia adalah tidak patut dengan mengkritik hubungan jalinan kerjasama dalam bidang tenaga yang antara kedua buah negara tersebut.

“Saya harus mengatakan, saya berpendapat perkara itu sangat menyedihkan apabila Jerman membuat perjanjian minyak dan gas besar-besaran dengan Rusia, di mana kita seharusnya berhati-hati terhadap Rusia,” kata Trump.

Trump menambah dengan menzahirkan kekecewaan beliau, “Kami melindungi Jerman, Perancis, kami melindungi semua negara ini dan kemudian banyak negara tersebut tidak mengindahkan dan membuat perjanjian kilang saluran minyak dengan Rusia di mana mereka membayar berjuta dolar kepada Rusia. Saya fikir itu sangat tidak patut.”

Trump menuduh Jerman dikawal oleh Rusia kerana Jerman akan mendapat 60-70 peratus tenaga dari Rusia dan kilang minyak baru.

Trump mendesak NATO untuk melakukan penyelidikan terhadap hal tersebut. Adapun saluran kilang minyak yang diketangahkan oleh Trump diyakini adalah saluran minyak Nord Stream 2.

Walaubagaimanapun menurut setiausaha NATO Jens Stoltenberg, menganggap tidak ada masalah bekerja sama antara Jerman dan Rusia. Bahkan selama Perang Dingin, sekutu NATO melakukan perdagangan dengan Rusia

Angela Merkel, kauselor Jerman membalas hal tersebut dengan mengatakan polisi Jerman adalah hak mereka dan bebas dari campurtangan.

Protes terbuka Trump itu telah mengejutkan banyak pihak kerana Trump telah dijadualkan untuk bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin di Helsinki, Finlandia, pada 16 Julai nanti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat