Trump Sediakan Pelan B!Amerika Syarikat Ingin Jalinkan Hubungan Perdagangan Lebih Luas Dengan India?

490

Pada hari ini Presiden A.S Donald Trump telah menyatakan bahawa India akan membeli peralatan ketenteraan bernilai $3 bilion, termasuk helikopter perang kerana kedua-dua negara berhasrat untuk menjalinkan hubungan pertahanan dan komersial yang lebih erat dalam rangka usaha mengimbangi dominasi China.

Trump menyatakan bahawa terdapat kemajuan dalam perjanjian perdagangan yang lebih luas antara India dan Amerika Syarikat. Para perunding daripada kedua-dua belah telah bertukus lumus dalam mengecilkan perbezaan pandangan bagi barangan perdagangan, peralatan perubatan, perdagangan digital dan tarif baru.

Pada hari Isnin, Trump telah di sambut oleh Perdana Menteri India bersama dengan 100,000 orang yang mengisi ruangan kosong di stadium. Pada hari ini, Trump telah mengadakan perbincangan bersemuka dengan Perdana Menteri India diikuti oleh mesyuarat peringkat deligasi yang menyentuh isu-isu berbangkit terutamanya dalam perdagangan.

Susulan mesyuarat tersebut, Trump menyatakan bahawa lawatannya berhasil mendapat tawaran dari India dengan memebeli helikopter untuk tetera India. India membeli 24 helikopter SeaHawk dari Lockheed Martin (NYSE: LMT) yang dilengkapi dengan peluru berpandu Hellfire bernilai $ 2.6 bilion dan juga pesanan susulan untuk enam helikopter Apache.

Trump berkata kedua-dua negara juga sedang membuat kemajuan dalam perjanjian perdagangan, dimana sebelum ini terdapat pertikaian antara kedua-dua belah pihak. Kini kedua-dua pihak berstuju untuk mementerai perjanjian perdagangan yang lebih besar termasuk kemungkinan perjanjian perdagangan bebas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat