Trump Tak Ambil Iktibar Daripada ‘Otai’

977

Hari ini, dunia telah digemparkan dengan berita Presiden Amerika Syarikat, iaitu Donald Trump dan isterinya yang telah disahkan positif Covid-19. Hakikatnya, sebelum ini, Perdana Menteri UK, Boris Johnson juga telah dijangkiti dengan wabak tersebut pada bulan Mac yang lalu. Bahkan beliau turut berkelakuan seperti Donald Trump, iaitu menafikan serta mengabaikan ‘bahaya’ wabak itu.

Malangnya, beliau telah disahkan positif dan menerima rawatan di hospital serta terpaksa berehat selama hampir sebulan.

Menurut Boris Johnson, beliau terpaksa berjuang demi nasib negaranya yang berkemungkinan akan berhadapan dengan kematiannya sebagai perdana menteri.

Pengalaman yang dialami oleh perdana menteri berkenana sudah terang lagi bersuluh memberikan petunjuk tentang potensi bahaya yang akan dihadapi oleh Presiden Donald Trump yang kini telah pun disahkan positif.

Setelah dituduh gagal menangani krisis Covid-19 di Britain, Johnson, yang berusia 55 tahun, telah mengalami gejala ringan pada 26 Mac ketika menjawab soalan di ruang Dewan Rakyat.

Beberapa jam kemudian, beliau telah disahkan positif Covid dan keesokan harinya Johnson mengemukakan kenyataan melalui video bahawa beliau terpaksa menjalani kuarantin tetapi akan terus bekerja dan memimpin negara berkenaan untuk berhadapan dengan penularan wabak pandemik itu.

Namun begitu, selama 9 hari berikutnya, keadaan beliau bertambah buruk, dengan gejala berterusan termasuk demam panas. Ketika itu, beliau masih degil dan mahu terus bekerja hingga doktor menyarankan agar beliau mendapatkan rawatan di hospital.

Bahkan bukan beliau seorang sahaja pemimpin negara yang disahkan positif Covid-19 tetapi juga Presiden Brazil, Jair Bolsonaro dan Presiden Honduran, Juan Orlando Hernandez serta bekas perdana menteri Itali, Silvio Berlusconi.

Namun, Trump seolah-olah tidak mengambil iktibar daripada kisah mereka bahkan bertindak angkuh dengan mengabaikan langkah-langkah pencegahan seperti memakai topeng muka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat