Trump Tak Sepatutnya Keluar Dari Hospital!-Pakar Perubatan AS

444

Menurut salah seorang pakar perubatan Amerika Syarikat,  Dr William Schaffner, Presiden Donald Trump tidak sepatutnya dibenarkan keluar dari hospital terlalu awal kerana wabak Covid-19 adalah pembunuh dalam diam manakala pesakit yang telah sembuh berkemungkinan untuk dijangkiti semula.

Tambahnya lagi, keadaan presiden itu kelihatan mengelirukan namun, beliau dilihat sudah pulih. Setakat ini, tahap kesihatan pemimpin negara kuasa besar itu didakwa semakin baik dan proses penyembahan beliau adalah sangat cepat.

Namun begitu, Trump dikhabarkan masih berada pada tahap yang bahaya berikutan dengan umur beliau yang sudah menginjak ke 74 tahun serta berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan. Faktor tersebut mungkin boleh mendorong ke arah situasi yang lebih parah.

Umum mengetahui bahawa Jumaat yang lalu, Trump telah mengumumkan bahawa beliau dan isterinya telah disahkan positif Covid-19 lalu dimasukkan ke Walter Reed National Military Medical Center untuk menerima rawatan.

Menurut Dr. Sean Conley, doktor peribadi Trump, presiden berkenaan mengalami demam panas pada hari tersebut serta tahap oksigen beliau jatuh ke tahap yang membimbangkan sebanyak 2 kali. Oleh yang demikian, Trump telah diberikan dexamethasone, steroid yang telah digunakan untuk merawat kes-kes Covid-19 yang kritikal serta membolehkan beliau untuk keluar dari hospital pada hari ini.

Walau bagaimanapun, Dr William Schaffner menegaskan bahawa presiden Amerika Syarikat itu perlu untuk tinggal di hospital selama beberapa hari lagi serta diberikan pengawasan selama 24 jam oleh kakitangan perubatan.

Sekiranya, kejadian yang tidak diundang berlaku di White House dan perlu membawa kembali Trump ke hospital tersebut, ianya bukanlah suatu idea yang baik bahkan tindakan tersebut mungkin boleh mengakibatkan kesan yang buruk terhadap beliau.

Tambahan daripada itu, kebiasaannya, pesakit dianggap bebas dari coronavirus jika tidak menunjukkan sebarang gejala selama 10 hari sejak bermulanya gejala atau disahkan positif sedangkan tempoh Trump masih kurang daripada bilangan hari tersebut.

Lebih mengejutkan lagi, White House didakwa menipu dalam menjalankan ujian Covid-19 serta mengeluarkan keputusan negatif yang palsu.

Hal ini demikian kerana pengurus kempen, Bill Stepien, Ketua Jawatankuasa Nasional Republik, Ronna McDaniel dan beberapa senator Republik telah disahkan positif virus itu dan sebilangan besar dari mereka bertemu dengan presiden atau menghadiri acara di White House lebih dari seminggu yang lalu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat