Trump Tidak Akan Menandatangani Perjanjian Perdagangan China Sebelum Bertemu Xi Jinping!

393

Laporan Wall Street melaporkan bahawa kesepakatan separa perdagangan Amerika Syarikat dan China kelihatan kabur terutamanya mengenai janji China untuk tingkatkan pembelian produk pertanian Amerika Syarikat.

Laporan A.S mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat ketidakpastian dalam komitmen China untuk membeli lebih banyak produk pertanian A.S kerana butiran perjanjian tersebut tidak mempunyai kerangka waktu dan jumlah pembelian yang dijanjikan.

Berdasarkan perbincangan perdagangan minggu lepas, Presiden Donald Trump mengatakan bahawa China bersetuju untuk membeli sekitar $ 40 bilion hingga $ 50 bilion produk pertanian Amerika Syarikat “dalam masa kurang dari dua tahun”dan sebagai balasan Amerika Syarikat akan menangguhkan peningkatan tarif. Walaubagaimanapun perjanjian tersebut masih tidak jelas.

Amerika Syarikat dijadualkan akan mengimplimentasikan tarif tambahan sebanyak 15% ke atas $150 billion barangan China pada 15 Disember ini.

Walaubagaimanapun laporan terkini, presiden A.S Donald Trump menyatakan pada hari Rabu bahawa beliau tidak akan menandatangani mana-mana perjanjian perdagangan dengan China sehingga beliau bertemu dengan Presiden China Xi Jinping pada Forum APEC yang akan diadakan Chile.

Trump memberi tahu kepada para wartawan bahawa perjanjian separa AS-China yang diumumkan pada minggu lepas masih dalam proses untuk diterjemahkan dalam kertas kerja.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat