Tunggu! Sebulan Sahaja Lagi Sebelum Pelancaran Ethereum 2.0

512

Berbaki kurang dari sebulan sahaja Ethereum 2.0 Fasa 0 akan dilancarkan, sementara kontrak deposit bermula pada hari ini dengan membawa kepada lonjakan harga ETH terkini $404.

Tarikh Ethereum versi kedua itu dijadualkan pada 1 Disember ini.

Berdasarkan penjelasan Ethereum Foundation semalam, proses genesis akan berlaku jika sebanyak 524,288 ETH ($200 juta) dimasukkan sebagai kontrak deposit. Ini bermakna, mereka memerlukan 16,384 validators dengan deposit 32 Ether (ETH) setiap satu.

Jumlah tersebut perlu dicapai 7 hari sebelum hari pelancaran. Jika tidak, mereka terpaksa menangguhkan pelancaran untuk lagi 7 hari selepas berjaya mengumpul nilai yang diinginkan.

Keperluan kontrak deposit menandakan langkah terakhir sebelum melancarkan Fasa 0 di mana membolehkan transaksi ETH di antara Ethereum 1.0 dan Ethereum 2.0 berlaku.

Fasa 0 juga dikenali beacon chain, dianggap sebagai pusat kawalan utama yang akan memantau pecahan 32 di Ehtereum 2.0

Namun, teknologi terbaru blockchain ini tidak berhenti pada Fasa 0 kerana platform ini akan melalui fasa seterusnya, Fasa 1 dan Fasa 2 yang dijangka akan berlaku dalam beberapa tahun lagi.

Secara tidak langsung perubahan ini membawa infrastruktur Ethereum ke arah yang lebih kukuh dengan pengaplikasian proof-of stake (PoS) yang menyeluruh.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat