Tuntutan Awal Pengangguran Jatuh! Adakah Pasaran Buruh Semakin Pulih?

380

Jumlah rakyat Amerika yang mengemukakan tuntutan buat kali pertama untuk faedah pengangguran mencatat kejatuhan pada minggu lalu walaupun terdapat petunjuk lain bahawa pasaran buruh semakin melemah pada akhir tahun 2020.

Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh pada hari ini menunjukkan jumlah tuntutan pengangguran pada minggu lepas mencatat jumlah bacaan sebanyak 787,000 tuntutan. Bacaan ini kurang daripada jangkaan yang ditetapkan oleh para penganalisis pada 815,000 dan sedikit penurunan berbanding minggu sebelumnya iaitu sebanyak 790,000.

Laporan ini juga menunjukkan penurunan berterusan dalam jumlah tuntutan sebanyak 126,000 kepada jumlah bacaan 5.07 juta. Jumlah rakyat yang mendapat faedah daripada semua bantuan yang diumumkan kerajaan juga menurun sebanyak 420,000 kepada 19.2 juta.

Disisi lain, sektor swasta mencatatkan pengambilan pekerja swasta menguncup buat kali pertama sebanyak 123,000 pada bulan Disember. Hal ini kerana, kerana disebabkan penularan Covid-19 yang tidak terkawal menyebabkan kerajaan terpaksa mengenakan sekatan perniagaan yang menjadikan jenis perniagaan seperti restoran, bar dan beberapa jenis perkhidmatan terpaksa ditutup.

Laporan pekerjaan yang dikeluarkan pada Jumaat lepas melaporkan bahawa ekonomi A.S telah berjaya mencipta 245,000 pekerjaan pada bulan November iaitu satu kenaikan kecil dalam NFP sejak bulan Mei.

Jabatan Tenaga Buruh dijangka akan melaporkan laporan pekerjaan yang menyeluruh pada hari Jumaat dengan jangkaan akan menambah 50,000 pekerjaan dan kadar pengangguran dilihat meningkat lebih tinggi kepada 6.8%.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama mencatat pengukuhan kepada paras tukaran 89.782 setakat jam 10.30 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat