Tuntutan Pengangguran AS Jatuh Daripada Paras Tertinggi Pada Minggu Lepas!

335

Jabatan Buruh Amerika Syarikat melaporkan jumlah tuntutan faedah/insurans pengangguran (Jobless claims) pada minggu lepas jatuh daripada paras tertinggi  dua tahun pada minggu lepas. Hal ini menunjukkan pasaran buruh A.S masih kukuh.

Manakala data lain yang dikeluarkan pada hari yang sama menunjukkan aktiviti perkilangan di kawasan pertengahan Atlantika semakin bertambah baik apabila pengeluar menerima lebih banyak pesanan, peningkatan penghatanran dan peningkatan jam kerja. Tinjauan mereka untuk perbelanjaan modal dalam tempoh enam bulan akan datang juga memberi sedikit tanda-tanda pemulihan.

Ketegangan perdagangan telah melemahkan keyakinan perniagaan dan membataskan perbelanjaan modal yang membawa kepada kemerosotan dalam aktiviti pembuatan negara. Boeing mengumumkan pada hari Isnin bahawa ia akan menggantung pengeluaran pesawat Jet Max 737 pada bulan Januari berikutan kemalangan maut yang dihadapi.

Ahli ekonomi berpendapat bahawa ia akan memberi impak terhadap rantaian bekalan dan memangkas pertumbuhan produk domestik pada 2020.

Bilangan rakyat Amerika Syarikat yang mengisi untuk faedah pengangguran menurun sebanyak 18,000 kepada 234,000 pada minggu berakhir 14 Disember berbanding minggu sebelumnya pada 252,000.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh sebanyak 0.07% pada paras 97.037 setakat jam 11.25 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat