Tuntutan Pengangguran Awal Merosot Pada Minggu Lalu! Adakah Ini Suatu Berita Baik?

376

Tuntutan awal faedah pengangguran mencatat bacaan sebanyak 2.1 juta pada minggu lepas. Jumlah angka ini merupakan jumlah yang terendah sejak krisis Covid-19 walaupun Amerika mencatat bacaan pengangguran yang tinggi dalam sejarah negara.

Bacaan pada minggu lepas adalah tinggi sedikit berbanding jangkaan penganalisis ekonomi Dow Jones yang menjangkakan sebanyak 2.05 juta tuntutan namun masih lebih baik. Jumlah tuntutan pengangguran jatuh pada minggu lepas berbanding minggu sebelumnya yang mencatat jumlah tuntutan sebanyak 2.438 setelah disemak semula.

Menurut ketua ekonomi Ian Shepherdson, ketua ekonomi di Pantheon Macroeconomics berpendapat kejatuhan dalam jumlah tuntutan pengangguran membawa indikasi bahawa pembukaan kembali sektor-sektor ekonomi telah menggalakkan para majikan mengaji semula pekerja.

Sejak pandemik Covid-19 menular pada pertengahan Mac, lebih dari 40 juta orang telah membuat tuntutan pengangguran. Laporan lain pada hari Khamis menunjukkan bahawa KDNK suku tahun pertama menguncup sebanyak 5% dan dijangka akan terus merosot pada suku berikutnya. Hal ini akan menyebabkan A.S berada dalam fasa kemelesetan. Namun kebanyakkan para ahli ekonomi menjangkakan pemulihan pada separuh kedua tahun ini.

Susulan laporan ini dikeluarkan, Bursa S&P 500, Nasdaq Composite dan Dow Jones mencatat peningkatan 2.7%, 0.9% dan 4.4% sejak permulaan minggu ini. Bursa Dow Jones berada pada prestasi terbaik untuk minggu ini sejak minggu yang berakhir pada 8 April.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat