Twitter Sah Milik Elon Musk!

1,177

Setelah Twitter mempertimbangkan tawaran pengasas Tesla, juga trilionair dunia – Elon Musk; Twitter kini beralih milik pada harga $44 bilion (RM191.4 bilion)!

Khabar ini diumumkan pada tengah malam tadi waktu Malaysia.

Menariknya, koin kegemaran Musk – Dogecoin (DOGE) turut mencatatkan lonjakan hampir 24% susulan daripada pengumuman tersebut.

Sebenarnya sebelum pembelian ini berlaku, DOGE awal-awal lagi sudah mencatatkan peningkatan harga sebanyak lebih 14% ketika Twitter mendedahkan mereka sedang mempertimbangkan tawaran Musk dan dijangka keputusan akan menyusul pada Isnin nanti.

Bagaimanapun, manusia hanya mampu merancang dan Twitter bersetuju dengan pembelian tersebut, menjadikan laman media sosial itu milik Musk sepenuhnya.

Pembelian Twitter menjadikan pemilikan media sosial termahal setakat ini, mengatasi platform lain:

  • Slack ($28 bilion)
  • LinkedIn ($26 bilion)
  • WhatsApp ($19 bilion)
  • Skype ($8.5 bilion)
  • YouTube ($1.65 bilion)
  • Tumblr ($1.1 bilion)
  • Instagram ($1 billion)

Reaksi komuniti kripto

Sudah tentu ini merupakan satu kemenangan besar bagi mereka yang menginginkan kebebasan bersuara!

Fox News melaporkan pembelian Twitter adalah satu perkembangan politik terbesar sejak pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada 2016.

Manakan tidak, kehendak Musk yang mahu mengubah ekosistem Twitter – desentralisasi yang tidak mengawal sesiapa untuk bersuara merupakan satu ancaman kepada korupsi dan kegagalan kepimpinan di negara itu.

Pada masa yang sama, pengasas Dogecoin, Billy Markus meraikan kejayaan ini dengan satu ciapan di Twitter berbunyi: “Boleh Elon Musk beli SEC sekarang?”

Ketika penulisan, DOGE didagangkan pada $0.1527, meningkat hampir 20% dalam 24 jam tetapi sedikit susut daripada paras tertinggi harian, $0.17.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat