Ucapan Trump Kecewakan Pasaran, Tumpuan Kini Beralih Kepada Jerome Powell!

722

Ucapan Presiden AS Donald Trump di Kelab Ekonomi New York kebanyakannya dihabiskan kepada mengutuk Federal Reserve (Fed) daripada memberi beberapa isyarat terbaru mengenai perjanjiannya dengan China.

Bagaimanapun, prospek terhadap perjanjian perdagangan kelihatan memudar selepas Trump mengkritik China dan mengugut akan mengenakan lebih banyak tarif ke atas negara itu.

Berikutan daripada itu, dagangan dolar USD diniagakan merosot berbanding kumpulan matawang utama lain pada sesi Eropah dengan indeks dolar kekal pada 98.33. USD juga menyusut berbanding yen untuk kembali diniagakan di bawah paras 109.00.

Perhatian pasaran kini beralih kepada Pengerusi Fed Jerome Powell, yang akan memberi keterangannya di Kongres pada awal pagi esok mengenai prospek ekonomi AS setelah bank pusat itu menurunkan kadar faedah sebanyak tiga kali dalam tahun ini.

Menjelang penerbitan data inflasi AS pada malam ini, Powell akan mempunyai kesempatan untuk memberi maklum balas mengenai Inflasi Harga Pengguna AS (CPI) untuk bulan Oktober dengan kadar tahunan CPI teras dijangka kekal pada 2.4%.

Sementara itu di Eropah, kadar inflasi di UK jatuh kepada 1.5% dari tahun ke tahun pada Oktober 2019 daripada bacaan 1.7% yang dicatatkan bulan lepas dan tersasar daripada unjuran pasaran pada 1.6%. Bacaan ini merupakan kadar terendah sejak November 2016.

Susulan itu, dagangan pound menunjukkan sedikit peningkatan berbanding dolar USD berikutan sentimen pasaran yang masih dibayangi oleh ketidakpastian politik negara itu menjelang pilihan raya UK Disember ini.

Selain itu, dolar New Zealand terus mempamerkan pengukuhan berikutan keputusan polisi yang mengejutkan pasaran oleh Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) yang mengekalkan kadar faedah pada paras terendah 1.00%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat