UK Catat Kematian Pertama Akibat Omicron, Pasaran Matawang Tertekan!

657

Dolar Amerika didagangkan meningkat di paras tertinggi satu minggu berbanding kebanyakan matawang utama dengan sokongan dari jangkaan yang hawkish menjelang mesyuarat polisi FOMC minggu ini.

Pertemuan Federal Reserve (Fed) selama dua hari, dijangka akan menyaksikan pengumuman mengenai pelaksanaan program pembelian bon akan ditamatkan lebih awal dari jangkaan dan berpotensi untuk melihat kenaikan kadar pada tahun depan.

Pada sesi Asia, indeks dolar diperdagangkan lebih tinggi di sekitar harga 96.40 berbanding kebanyakan matawang utama.

Sementara itu, US dolar turut mendapat manfaat sebagai safe-haven susulan laporan terbaru daripada UK yang mengatakan hasil kajiannya menunjukkan dua dos vaksin Covid-19 semasa tidak memberi antibodi peneutral yang mencukupi terhadap Omicron.

Bukan itu sahaja, malah, Britain turut melaporkan kematian pertama di dunia disebabkan varian Omicron. Ini berlaku sehari selepas Perdana Menteri Boris Johnson memberi amaran mengenai gelombang jangkitan daripada varian baharu itu di UK.

Berita kurang baik ini telah mendorong matawang pound kembali di bawah tekanan dengan didagangkan lebih rendah pada 1.3200 berbanding US dolar.

Dalam pada itu, ekonomi gergasi kedua China juga telah mengesan kes pertama jangkitan Omicron pada hari Isnin, menyebabkan pasaran semakin bimbang.

Matawang sensitif risiko, dolar Aussie dan kiwi terus diniagakan suram berikutan laporan tersebut yang dibimbangi akan membebankan ekonomi global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat