UK & EU Gagal Capai Perjanjian Perdagangan Sebelum ‘Deadline’?

240

Britain dan Kesatuan Eropah dijangkakan gagal untuk mencapai kesepakatan perjanjian perdagangan pasca-Brexit sebelum tarikh akhir pada pertengahan November kerana isu-isu utama masih belum mencapai kata sepakat sehingga akhir minggu ini. Kenyataan ini diakui oleh kedua-dua pihak berdasarkan laporan dikeluarkan pada hari Rabu.

Britain telah meninggalkan blok EU sejak Januari lalu dan tempoh peralihan status quo bakal berakhir tidak lama lagi iaitu pada akhir tahun ini. Walaubagaimanapun, belum ada kesepakatan mengenai peraturan perdagangan bermula tahun 2021.

Menurut seorang diplomat kanan EU, duta dari 27 negara anggota EU di Brussels tidak akan mengulas lebih lanjut mengenai pertemuan mereka pada hari Rabu dan isu yang berlarutan akan dibawa kepada pertemuan akan datang pada 18 November nanti.

Matawang pound susut berbanding US dolar sebanyak 0.26% kepada paras tukaran 1.3235 selepas laporan bahawa rundingan UK dan EU akan berlarutan selepas pertengahan November.

Walaubagaimanapun, terdapat sisi positif dimana EU masih tekad untuk mencapai rundingan. Sumber dari EU mengatakan bahawa pihak mereka mengharapkan para perunding membentangkan teks yang telah dipersetujui pada pertengahan minggu hadapan.

 

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat