UK Masih Belum Berputus Asa! Semuanya Tergantung Pada EU!

261

Menurut Jurucakap Perdana Menteri Boris Johnson pada hari Khamis, pihak Britain tetap mahu meneruskan rundingan perdagangan secara bersemuka dengan Kesatuan Eropah. Walaubagaimanapun, semuanya tergantung kepada keputusan yang bakal diambil oleh EU dan menegaskan bahawa pihak UK sedang berusaha untuk merapatkan jurang dalam rundingan perdagangan tersebut.

Setakat ini rundingan perdagangan antara UK dan EU masih dijalankan secara maya selepas salah seorang anggota pasukan EU disahkan positif Covid-19 pada awal bulan ini.

Sunak pada hari Khamis menyatakan bahawa beliau yakin dan berharap kesepakatan perdagangan Brexit dapat dicapai dengan Eropah. Tambah Sunak, dengan sikap yang teguh dan muhibah antara kedua-dua belah pihak maka tidak mustahil untuk capai persetujuan. Beliau juga bersetuju adalah lebih baik untuk mencapai persetujuan daripada tanpa perjanjian perdagangan baru.

Sumber laporan daripada EU mengatakan bahawa Ketua Perunding, Michel Barnier sendiri berkemungkinan akan ke London nanti untuk perbincangan lebih lanjut dengan rakan sejawatannya dari Britain, David Frost.

Kini, hanya berbaki lima minggu lagi menjelang tarikh akhir iaitu pada 31 Disember 2020.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat