UK Tidak Hiraukan Kritikan, Berdegil Kekalkan Belanjawan

196

Walaupun berdepan dengan kritikan dari luar dan dalam negara, pentadbiran baharu UK tetap berdegil untuk mengekalkan belanjawan yang dilancarkan minggu lalu.

Menteri Perbendaharaan Andrew Griffith berkata cadangan kerajaan adalah rancangan yang betul untuk mengembangkan ekonomi UK.

Ini kerana semua ekonomi utama berdepan dengan isu sama iaitu kesan daripada perang Rusia di Ukraine yang telah memacu lonjakan kos tenaga dan memburukkan lagi isu bekalan.

Minggu lalu, pentadbiran Perdana Menteri Liz Truss telah mengumumkan pemotongan cukai terbesar dalam tempoh 50 tahun dan rangsangan tambahan buat isi rumah dan perniagaan UK.

Namun, ia bukan sahaja menyebabkan mata wang pound junam rendah tetapi juga telah mencetuskan pelbagai kritikan, ini termasuk parti Buruh yang menggesa langkah pemotongan cukai dihentikan.

Malah, jabatan kerajaan juga diminta mencari cara untuk mengurangkan perbelanjaan mereka.

Langkah ini turut mencuri perhatian Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang memberi amaran bahawa langkah itu berkemungkinan akan meningkatkan lagi kos sara hidup.

Kejatuhan mata wang pound dan lonjakan hasil bon UK yang tinggi telah memaksa Bank of England (BOE) untuk campur tangan bagi menstabilkan semula pasaran.

Pada hari Rabu, BOE mengumumkan ia akan membeli bon kerajaan secara sementara untuk membantu memulihkan keadaan pasaran yang teratur.

Difahamkan sesetengah dana pencen memegang banyak bon kerajaan kerana ia biasanya merupakan pelaburan stabil, tetapi apabila nilainya menurun ia telah mencetuskan kebimbangan pemegang bon menyebabkan penjualan besar-besaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat