Ulasan Ahli The Fed Raphael Bostic – Kadar Inflasi Akan Melebih 2%?

386

Presiden Fed Atlanta Raphael Bostic pada hari Selasa berpendapat walaupun dengan pengetatan monetari polisis secara berkala, inflasi ”kelihatan akan berada paras melebihi 2 peratus dalam jangka masa pendek.”

Bostic yang merupakan salah seorang yang memeiliki undian dalam FOMC mengatakan bahawa beliau mempercayai bahwa ekonomi US sedang menghampiri sasaran objektif yang ditetapkan oleh Bank Pusat dari segi pekerjaan dan inflasi.

”Inflasi kini sudah berada dalam kawasan sasaran, saya tidak terkejut jika ia melampaui sasaran dalam jangka masa panjang,” kata Bostic.

Tambah beliau lagi, berdasarkan jangkaan saya walaupun dengan pengetatan monetari polisi, inflasi dijangka akan melebih paras 2 peratus dalam suatu jangka pendek.

Pandangan itu dikeluarkan selepas Fed mengeluarkan kenyataan terhadap monetari polisi pada awal bulan ini bahawa sasaran inflasi dalam keadaan “symmetrical”. Istilah ini akan dirungkaikan lebih jelas dalam minit mensyuarat FOMC nanti.

Kini yang menjadi persoalan pasaran ialah adakah the Fed akan menaikkan kadar faedah 3 atau 4 kali pada tahun ini.

Bagi Bostic, sejak akhir-akhir ini beliau lebih cenderung bahwa lagi 2 kali peningkatan kadar kadar faedah pada tahun ini.

Beliau juga melihat bahwa ekonomi US sedang berkembang sebanyak 2.5 peratus. Beliau mengatakan bahawa reformasi cukai mungkin akan menyebabkan risiko jangkaan beliau tersasar ditambah dengan ketegangan hubungan perdagangan yang belum selesai pada ketika ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat