Ulasan Berita Korporat Dalam Malaysia Pada Hari Ini

128

Top Glove

Saham Top Glove Corp Bhd meningkat sebanyak 1.19% pada hari ini berikutan hasrat Top Glove merancang untuk mengambil alih Aspion Sdn Bhd.

Berdasakan kenyataan Top Glove, syarikat itu berkata selepas cadangan urus niaga itu diselesaikan, ia akan menjadi pengeluar sarung tangan pembedahan yang terbesar di dunia.

Pengerusi Eksekutif Top Glove, Tan Sri Dr Lim Wee Chai berkata cadangan pengambilalian itu adalah seiring dengan strategi pertumuhan dan kepelbagaian produk syarikat.

Dalam sesi dagangan asia, saham tersebut meningkat sebanyak 8 sen kepada RM6.83 dengan 615,900 saham didagangkan.

Celcom

Celcom Axiata Bhd mencatatkan prestasi kewangan yang lebih baik tahun ini berbanding tahun sebelumnya.

Pada suku ketiga 2017, syarikat telekomunikasi itu mencatatkan peningkatan dalam pendapatan perkhidmatannya kepada RM1.524 bilion, meningkat 1.9 peratus berbanding suku kedua 2017.

Jumlah pendapatannya juga meningkat 2.1 peratus kepada RM1.655 bilion dalam tempoh dikaji.

Berdasarkan laporan, Celcom sedang mengusahakan untuk menaik taraf perkhidmatan mereka di Sabah dan Sarawak dengan memperkenalkan kabel fiber berkelajuan tinggi.

Saham Celcom dalam sesi dagagnan Eropah tidak berubah pada harga RM 5.31 dengan dagangan saham sebanyak 1.1 juta.

Gabungan Perbankan

Kerajaan berhasrat untuk mengabungkan Bank Islam Malaysia Bhd, Bank Simpanan Nasional Bhd (BSN) dan Bank Muamalat Malaysia Bhd.

Jika gabungan itu berjaya dilaksanakan, ia akan mengubah landskap kewangan Islam. Jumlah aset 3 perbankan itu akan menjadi RM111.6 billion berdasarkan data terakhir yang dikeluarkan.

Setakat ini belum ada apa-apa lagi rundingan sesama mereka. Namun jika pemegang saham melihat ia dapat mendatangkan potensi, perlaksanaan itu mungkin akan dilakukan.

Namun beberapa penganalisis melihat ia tidak mendatangkan begitu banyak manfaat dan tidak beberapa setuju dengan cadangan idea tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat