Umpan Vitalik Mengena, India Tarik Balik Larangan Kripto?

1,550

Pada bulan Mac yang lepas, India telah mengusulkan undang-undang yang melarang matawang kripto,mengenakan denda kepada sesiapa yang melakukan perdagangan kripto di India dan bahkan mengenakan denda  kepada mereka yang memegang kripto.

Rang undang-undang tersebut merupakan salah satu dasar paling ketat yang  diperkenalkan terhadap matawang kripto. Semua yang terlibat dengan matawang kripto baik dari segi pemilikan, pengeluaran, perlombongan, perdagangan dan pemindahan aset kripto akan dikenakan hukuman.

Kemudian pada bulan berikutnya, kerajaan memberikan tempoh tiga hingga enam bulan mengeluarkan aset kripto. Namun seiring bergeraknya waktu, ditengah FUD kripto datang bertalu-talu pada bulan Mei, India malah mengambil langkah yang lebih lembut terhadap kripto.

Segelintir penganalisis berpendapat bahawa sumbangan Vitalik Buterin, yang menymbangkan sebanyak $1 billion dalam bentuk kripto Shiba inu sebagai dana bantuan Covid-19 ke Relief Fund India, serta beberapa NGO lain menjadi faktor utama India mengubah pandangan.

Susulan langkah yang diambil oleh Vitalik, India mula lembut terhadap kripto. Terkini laporan yang dilaporkan The New Indian Express pada hari Khamis menyatakan bahawa kerajaan mula menyusun kembali dasar-dasar yang lebih bersepadu terhadap kripto.

Berdasarkan sumber dalaman, kerajaan telah menggugurkan rancangan awal larangan Bitcoin. Dalam masa yang sama, sumber tersebut turut memaklumkan bahawa parlimen akan membahaskan rang undang-undang peraturan kripto yang komprehensif semasa bermula pada bulan Julai ini.

Ketan Surana yang merupakan anggota Internet and Mobile Association of India menyatakan bahawa jawatankuasa baru ini dilihat lebih menyakinkan dan optimis dalam mengendalikan peraturan dan perundangan kripto.

Walaupun begitu,Reserve Bank of India masih menjadi pengkritik tegar kripto dan sekali menekankan bahawa pandangan mereka terhadap kripto masih tidak berubah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat