Unizen (ZCX), Pertukaran Hibrid Yang Menggabungkan CEX, DEX Dalam Satu Platform

370

Acapkali kita bertembung dengan centralized exchange (CEX) atau dikenali sebagai pertukaran berpusat dan decentralized exchange (DEX), pertukaran desentralisasi.

Tapi Unizen (ZCX) tampil menarik dengan gabungan ciri CEX dan DEX, menjadikan ia satu-satunya platform hibrid yang ada potensi tinggi dalam industri kripto.

Tentang Unizen

Unizen merupakan sebuah pertukaran pintar yang beroperasi di atas infrastruktur sekuriti dan perdagangan Binance Cloud.

Platform ini dikategorikan dalam centralized decentralized (CeDeFi), hasil gabungan ciri CEX dan DEX yang diketengahkan oleh pembangunnya. Tidak sama seperti CEX dan DEX, Unizen menyatukan produk dan pertukaran kripto di dalam satu platform, menjadikan tempoh masa perlaksanaan perdagangan menjadi lebih pantas.

Pada masa yang sama, platform ini dapat meningkatkan risiko mitigasi dengan menawarkan pelabur indikator sentimen sosial dan menghadkan interaksi terhadap produk yang diaudit.

Token Natif, ZCX

Seperti blockchain lain yang memiliki token natifnya, ZCX pula token ERC-20 yang mewakili ekosistem Unizen. Token utiliti ini berfungsi secara menyeluruh:

  • Digunakan untuk Dynamic Multi-Asset Staking
    • Atau dikenali sebagai DMAS, merupakan pemberian ganjaran dalam banyak bentuk aset digital melalui staking
  • Mengurangkan kos perdagangan
  • Digunakan untuk pentadbiran pertukaran
  • Digunakan untuk pengaksesan secara langsung kepada ZenX Labs Portfolio

Jumlah keseluruhan bekalan ZCX ialah sebanyak 1 bilion dan sebanyak 33.75 juta ZCX dalam bekalan kitaran semasa. Bagaimanapun, isu inflasi ditangani melalui pembakaran koin yang dijalankan bagi setiap penyenaraian dibayar di modul Unizen CeFi.

Menariknya juga pelancaran token ZCX dilakukan secara berperingkat. Bermula pada April 2020, sebanyak 33.75 juta ZCX dilepaskan ke dalam pasaran sebelum meningkat kepada 381.6 juta pada Mac 2021.

Buat masa sekarang, platform ini masih mempunyai ruang yang besar untuk berkembang pesat. Banyak lagi projek yang akan datang melibatkan DMAS, inkubator ZenX Labs, modul CEX, modul Third-Party DeFi, modul agregasi perdagangan, indikator sentimen sosial, toolkit SDK, dan pentadbiran decentralized autonomous organization (DAO).

Unizen turut menjalankan kerjasama dengan beberapa projek unggul, misalnya AllianceBlock, sebuah blockchain desentralisasi yang menghubungkan pasaran kewangan konvensional dengan kewangan desentralisasi (DeFi), Chainlink, dan yang terbaru Dimitra Tecknology, sebuah penyedia teknologi agrokultur.

Boleh dikatakan ia merupakan antara projek CeDeFi yang berpotensi tinggi dalam mengubah naratif pelaburan pelabur kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat