“Wow bestnya, kalau jadi anak angkat beliau boleh dapat juga ke BTC?”
Baru-baru ini didedahkan calon Presiden Amerika Syarikat (AS) Robert F. Kennedy Jr mengambil sejumlah wang daripada cek kes Monsanto bagi membeli membeli dua mata wang kripto Bitcoin (BTC) untuk setiap tujuh anaknya.
Beliau berkata bahawa pelaburan dalam kripto dapat mewujudkan pelbagai manfaat, antaranya adalah membawa keluar golongan miskin daripada kemiskinan.
Oleh demikian, Kennedy Jr menegaskan terdapat keperluan untuk menggalakkan penggunaan BTC iaitu penghapusan cukai keuntungan modal kemudian mengubahnya menjadi mata wang.
Tambahnya lagi, BTC sebenarnya dapat membenarkan pelabur kecil mempunyai mata wang kalis inflasi dan ini membawa makna mereka diberi kebebasan berbanding memegang mata wang fiat yang bergantung pada sistem.
Suka dimaklumkan calon presiden AS tersebut pada masa ini sedang menuju untuk menjadi salah satu tokoh paling popular yang menyokong BTC, tetapi perlu diketahui antara tokohnya adalah Presiden El Salvador Nayib Bukele.
Terdahulu pada Mei 2023, Kennedy Jr mencipta sejarah apabila menjadi calon presiden pertama yang menerima sumbangan kempen melalui BTC termasuk berjanji untuk sokong dolar AS bersama aset digital itu serta menamatkan cukai BTC.
Beliau juga telah menjanjikan beberapa pembaharuan revolusioner untuk BTC termasuk kemenangan besar bagi pasaran kripto sekiranya beliau dilantik sebagai Presiden AS.
Semasa bercakap di Twitter bersama influencer kripto seperti Scott Melker, Mark Moss, Natalie Brunel, Marty Bent dan Robert Breedlove, Kennedy Jr telah menyatakan tentang keperluan memberi warga AS hak untuk jaga sendiri BTC mereka.