Update Penting Matawang Utama Ini Khas Buat Trader Sesi Eropah

39

Euro dan US Dollar didagang stabil dalam sesi ini sementara memberi ruang terhadap mesyuarat dasar Bank Pusat Eropah yang dijangka bakal diadakan pada Khamis.

Matawang Euro hampir tidak berubah dalam sesi ini.

EUR/USD, 30 minit
EUR/USD, 30 minit

Matawang yang sama telah terjun pada Isnin kepada paras tercorot semenjak Mac 2015. Kejatuhan itu disebabkan tidak balas serta merta pasaran terhadap perletakan jawatan Perdana Menteri Itali iaitu Metto Renzi setelah kalah dalam referendum.

Walaupun begitu, Euro kembali bangkit pada hari yang sama disamping ketidaktentuan politik yang berlaku.

Dalam masa yang sama, US Dollar dikatakan stabil dalam sesi ini selepas menjunam hampir 0.2 peratus semalam akibat kenaikan sederhana dalam kadar hasil bon AS.

Sesi Eropah juga menyaksikan Dollar Australia merosot sebanyak 0.4 peratus selepas data keluaran dalam negara kasar menjunam buat kali yang pertama semenjak tahun 2011.

AUD/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit

Kiwi juga tidak banyak berubah setelah John Key sebelum ini mengumumkan bahawa beliau tidak berniat untuk menyambung penggalnya sebagai Perdana Menteri setelah tamat tempoh kelak.

nzd-usd-sesi-eropah-07-12
NZD/USD, 30 minit

Dollar Kanada juga menamatkan kenaikan mendadak sebelum ini apabila dicatat menurun kira-kira 0.1 peratus. Loonie Kanada berada pada paras tertinggi sebelum ini apabila matawang tersebut mengukuh lantaran lonjakan harga minyak setelah OPEC membekukan bekalan.

USD/CAD, 30 minit
USD/CAD, 30 minit

Adakah AS Akan Bangkit Untuk Menguasai Sektor Tenaga di Dunia? 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat