Update Terkini Matawang Sesi Asia Ini Hanya Untuk Trader yang Dahaga Profit!

51

US Dollar melonjak lebih tinggi dalam tempoh 14 tahun berbanding matawang utama yang lain pada Khamis walaupun telah mula memasuki trend bullish sejak Trump memenangi pilihanraya Presiden AS pada November lalu.

US Dollar meningkat setelah Trump menyatakan bahawa beliau akan mengurangkan cukai di dalam pentadbirannya dan meningkatkan perbelanjaan fiskal.

Namun begitu, pasaran kekal berhati-hati ekoran tempoh perlantikan beliau secara rasmi semakin hampir. Kebanyakan mata pelabur juga bertumpu kepada sidang akhbar yang akan dijalankan pada minggu depan.

USD/JPY, 30 minit

US Dollar Index sedikit susut kepada 102.20 selepas meroket kepada 103.82 pada Selasa seiring dengan bacaan menguat dari data pembuatan AS.

Dalam masa yang sama, matawang Euro telah meningkat kepada $1.0524.

EUR/USD, 30 minit

Matawang ini disokong oleh data yang menunjukkan harag di Zon Euro meningkat lebih cepat daripada yang dijangkakan pada bulan Disember dan kaji selidik menunjukkan pertumbuhan perniagaan mencapai paras tertinggi dalam tempoh lebih daripada lima tahun.

US Dollar juga menyusut sedikit selepas pelabur menjangkakan ramai pengeksport Jepun telah menjual matawang berkenaan selepas cuti Tahun Baru mereka.

Sementara itu, Dollar Australia meningkat dalam sesi ini.

AUD/USD, 30 minit

Menurut Yukio Ishizuki iaitu ahli strategi matawang di Daiwa Securities, data ekonomi sekarang cukup baik untuk menyokong pengukuhan US Dollar.

Jepun Perlu Lebih Tegas Dengan Pergerakan Pasaran Forex

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat