US Dolar Buat ‘Comeback’!

696

Dolar Amerika kembali meraih sokongan dengan melonjak lebih tinggi pada hari Rabu, ketika hasil perbendaharaan jangka panjang AS meningkat berikutan prospek pemulihan ekonomi dan peningkatan inflasi.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding kebanyakan matawang utama kembali meningkat dari paras terendah tiga minggu, dengan didagangkan menguat pada 90.70 pada awal sesi Asia hari ini.

Terbaru, Presiden Federeal Reserve (Fed) St. Louis, Jamer Bullard mengatakan kepada CNBC bahawa keadaan kewangan AS pada amnya adalah baik, dan menjangkakan inflasi cenderung untuk meningkat tahun ini.

Hasil perbendaharaan AS 10 tahun melonjak di atas 1.3% untuk pertama kalinya dalam hampir satu tahun pada sesi New York. Keluk hasil yang meningkat menunjukkan jangkaan rangsangan fiskal dan monetari yang berterusan.

Susulan dari peningkatan ini, matawang yen Jepun, yang paling sensitif terhadap hasil bon AS, menjunam ke paras terendah empat bulan berbanding US dolar, dan didagangkan di sekitar 106.08.

Sementara itu, matawang euro kembali jatuh di bawah paras harga 1.21000 berbanding USD. Namun begitu, kejatuhan yang dicatatkan kurang ketara memandangkan ia disokong oleh data sentimen ekonomi Jerman yang kuat.

Matawang pound kembali diniagakan di bawah paras harga 1.39000 disebabkan pengukuhan dolar greenback, namun kekal mengukuh disokong oleh prospek pemulihan ekonomi yang meningkat ekoran pelancaran vaksin yang meluas di UK.

Selain itu, matawang berkaitan komoditi juga turut terkesan dengan lonjakan US dolar, di mana dolar Aussie mencatatkan sedikit penurunan tetapi tidak jauh dari ketinggian satu bulan yang direkodkan pada Selasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat