US Dolar Hambar, Tak Sambung Pengukuhan Minggu Lepas

170

Agak mengejutkan pelabur apabila US dolar pada dagangan pembukaan awal minggu semalam pamerkan pergerakan yang mendatar berbanding jangkaan untuk menyambung pengukuhan.

Momentum positif selepas laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada penutup minggu lalu gagal diteruskan.

Namun, situasi jangkaan terhadap dasar monetari Federal Reserve (Fed) tidak berubah di mana langkah untuk pemotongan kadar faedah dilihat semakin tipis untuk dilaksanakan.

Pelabur berkemungkinan sedang berwaspada menantikan petunjuk utama menerusi data inflasi pengguna AS pada Rabu sebelum berdepan mesyuarat FOMC pada awal Khamis nanti.

Sementara itu, mata wang Euro didagangkan berisiko pada minggu ini dengan ketidaktentuan yang melanda Eropah ketika tumpuan turut terarah kepada acara pilihan raya yang berlangsung hujung minggu lalu.

Pound Sterling pula bakal memberi reaksi terhadap data pekerjaan UK di sesi Eropah sebentar lagi sebelum data pertumbuhan ekonomi pada Rabu akan diperhatikan.

Data-data terbaru ini boleh mempengaruhi dasar monetari Bank of England (BOE) yang kini sedang dijangkakan untuk mengikuti jejak langkah European Central Bank (ECB) minggu lalu yang telah menurunkan kadar faedahnya.

Sementara, Yen masih mengekalkan corak pergerakan lemah di awal minggu sementara pasaran akan menantikan keputusan mesyuarat polisi Bank of Japan (BOJ) pada Jumaat.

Mata wang utama yang lain dapat ‘bernafas’ semula selepas ditekan minggu lalu namun dijangka kekal berisiko dengan potensi pengukuhan semula oleh US dolar sebelum menjelang data yang akan menjadi tumpuan berikutnya.

Dagangan emas juga dilihat kembali meningkat semula di atas paras harga $2,300 semalam susulan momentum US dolar yang mengendur seketika.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat