US Dolar Masih Lemau, EUR/USD Meloncat Semula 200 Pips!

239

US dolar gagal memaparkan prestasi cemerlang menuju penghujung minggu selepas reaksi penyusutan nilai berlaku ketika mesyuarat FOMC.

Bersambung sehingga dagangan sesi New York semalam, US dolar kekal bergerak lemah dalam pasaran, namun penganalisis menjangkakan raja mata wang tersebut boleh mengukuh semula pada bila-bila masa sahaja.

Situasi penyusutan US dolar telah memberi kebanyakan mata wang utama lain dalam pasaran untuk meningkat termasuk Euro walaupun mata wang Eropah itu terkesan oleh mesyuarat mengejut yang diadakan oleh bank pusat Eropah (ECB) minggu ini.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga telah membuat lonjakan semula semalam setelah pergerakan mendatar harga pada paras sokongan 1.04000.

Kenaikan harga telah mencapai paras ketinggian pada 1.06000 dengan lonjakan harian sekitar 200 pips dicatatkan.

Harga dilihat telah menembusi rintangan awal pada 1.05000 selepas melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD, telah memberi isyarat untuk perubahan trend harga berlaku.

Namun, selepas mencapai paras ketinggian pada 1.06000 di sesi New York, harga mula bergerak perlahan semula berundur dari paras tersebut di penghujung sesi.

Sekiranya corak bullish harga tersebu berjaya dikekalkan untuk dagangan penutup minggu ini, kenaikan yang melepasi paras 1.06000 dijangka boleh mencapai pula ke paras 1.07000.

Meneruskan kenaikan lebih tinggi akan mendorong harga untuk kembali menuju semula ke zon rintangan tumpuan 1.08000 yang diuji pada beberapa minggu sebelum ini.

Sebaliknya, jika lonjakan tersebu gagal dikekalkan dan harga membuat penurunan semula di penghujung minggu ini, susut di bawah paras 1.05000 akan menjangkakan harga untuk kembali semula ke support 1.04000.

Penurunan lebih rendah di bawah paras tersebut akan mencatatkan paras terendah terbaru lagi minggu ini, dan berkemungkinan boleh mencecah sehingga paras 1.03000 untuk rekod terendah harga 20 tahun.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat