US Dolar Mengukuh, Harga Minyak dan Emas Terus Meningkat – Sesi Eropah

58

Forex

Matawang Australia dolar mengukuh berbanding US dolar pada hari Khamis dalam sesi dagangan Eropah.

AUD mencatat pengukuhan sebanyak 0.39% kepada 0.7666 berbanding US dolar setakat jam 05.00 p.m . Bacaan ini merupakan bacaan tertinggi sejak 10 November.

Seperti yang telah dijangka oleh pasaran, The Fed akan meningkatkan kadar faedah iatu sebanyak 0.25 mata kepada 1.50%.

Setakat ini, bank pusat belum mengubah apa-apa pelan yang telah ditetapkan mengenai kenaikan kadar pada tahun 2018. Namun ini sedikit membantutkan harapan pelabur mengenai kenaikan 4x pada tahun hadapan.

Pengukuhan AUD didorong oleh peningkatan perubahan pekerjaan pada bulan November yang menunjukkan peningkatan sebanyak 61,600 berbanding sasaran yang mensasarkan 19,200 peningkatan.

Kadar pengangguran Australia pula pada 5.4% sejajar dengan jangkaan.

Matawang NZD mencatat penyusutan sebanyak 0.27% kepada 0.7005setakat jam05.00 p.m

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam mengukuh sebanyak 0.02% kepada 93.42 dalam sesi dagangan Eropah pada Khamissetakat jam 05.00 p.m.

Minyak

Harga minyak terus meningkat pada hari Khamis berikutan isu kejatuhan inventori minyak mentah.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik sebanyak 0.42% kepada $56.84 setakat jam 05.00 p.m.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London naik sebanyak 0.70% kepada $62.88 setong setakat jam 05.00 p.m

Inventori US minyak mentah jatuh sebanyak 5.1 juta tong bagi minggu yang berakhir 8 Disember kepada 442.99 juta tong. Kejatuhan ini merupakan kejatuhan 4x berturut-turut.

Berdasarkan laporan, OPEC, Rusia dan non-OPEC berkemungkinan akan mengubah kuantiti pemotongan minyak berdasarkan pelan asal sehingga akhir tahun 2018.

Emas

Harga emas meneruskan peningkatan berdasarakn isu yang sama dalam sesi dagangan Asia iaitu peningkatan ujuran inflasi. Hal ini membantutkan jangkaan pelabur mengenai kenaikan kadar faedah pada tahun hadapan.

Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat kenaikan sebanyak 0.70% pada Khamis kepada $1,257.30 setakat jam 05.00 p.m.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat