US Dolar Menyusut- Pergerakan Matawang, Harga Minyak Dan Emas

79

Forex

Matawang US dolar menyusut dalam pembukaan sesi dagangan dan kini naik sedikit namun masih mencatat penyusutan pada hari Rabu.

AUD mencatat bacaan yang menyusut sedikit sebanyak 0.03% kepada 0.7660 berbanding US dolar. USD/JPY menunjukkan bacaan pada 112.94, mengukuh sebanyak 0.04%. NZD mengukuh sebanyak 0.09% kepada 0.6979 setakat jam 10.00 a.m.

Pasaran menjangkakan bank pusat Jepun (BoJ) akan mengekalkan pembelian aset sebanyak ¥80 trillion dan indikasi terkini berkenaan kadar inflasi.

Manakala di New Zealand, laporan akaun semasa pada suku tahun ketiga mencatat defisit sebanyak NZ$4.68 billion berbanding dengan jangkaan yang mencatat defisit sebanyak NZ$4.29 billion. Berdasarkan kiraan tahun, akaun semasa defisit sebanyak NZ$7.10 billion setahun berbanding dengan jangkaan NZ$6.90 billion.

Imbangan perdagangan mencatat defisit sebanyak NZ$1.193 billion pada bulan November berbanding jangkaan NZ$550 juta.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam menyusut sebanyak 0.01% kepada 93.04 dalam sesi dagangan Asia pada hari Rabu setakat jam 10.20 a.m.

Matawang US dolar sedikit tertekan kerana para pelabur masih menunggu hasil pungutan suara di Kongres US mengenai rancangan undang-undang cukai.

Para anggota the House harus mengundi ulang pada hari Rabu setelah legislatif tersebut melanggar syarat-syarat yang ditetapkan.

Semalaman US dolar tidak banyak berubah  walaupun dengan jangkaan pasaran bahawa bil cukai akan diluluskan selepas ahli dewan negara Mike lee dan Susan Collins member isyarat bahwa akan mendukung rang undang-undang cukai tersebut.

Hal ini kerana teradapat segelintir pelabur, yang sangsi dengan impak perlaksanaan potongan cukai terhadap ekonomi.

Minyak

Harga minyak meningkat pada hari Rabu dalam sesi dagangan Asia.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik sebanyak 0.33% kepada $57.75 setakat jam 10.20 a.m.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London naik sebanyak 0.14% kepada $63.90 setong setakat jam 10.20 a.m.

Penigkatan harga minyak masih lagi didorong oleh kerosakan saluran minyak Laut Utara Forties dan jangkaan bahawa inventori minyak mentah US akan jatuh.

American Petroleum Institute (API) mengeluarkan laporan bahawa inventori minyak mentah US jatuh sebanyak 5.2 juta tong bagi minggu berakhir Disember 15 kepada 438.7 juta tong.

Emas

Harga emas jatuh pada awal pembukaan sesi dagangan Asia kemudia meningkat pada hari Rabu. Kejatuhan harga emas disebabkan peningkatan hasil bon US.

Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat peningkatan sebanyak 0.24% pada hari Rabu kepada $1,267.30 setakat jam 10.20 a.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat