US Dolar Mula Mencatat Pengukuhan, Harga Emas Sedikit Susut – Sesi Eropah

412

Pasaran Matawang

Matawang US dolar kembali mengukuh dalam sesi dagangan Eropah selepas mencatat penyusutan sejak isu penutupan kerajaan Amerika Syarikat.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang lain mengukuh kepada 90.48 pada awal pembukaan sesi Eropah sebelum mencatat penyusutan kepada 90.31 setakat jam 04.35 p.m.

Pengukuhan US dolar disokong oleh peningkatan hasil bon US. Pelabur kini memberi tumpuan pada perkembangan penutupan kerajaan US.

Manakala matawang Aussie mencatat penyusutan sedikit berbanding US dolar apabila AUD/USD didagangkan rendah sebanyak 0.03% kepada 0.7997. Matawang NZD pula mengukuh sebanyak 0.23% kepada 0.7289 berbanding US dolar.

Pasaran Komoditi

Harga minyak terus mengukuh dalam sesi dagangan Eropah berikutan komentar daripada Arab Saudi yang mengatakan perjanjian pengeluaran minyak akan diteruskan walaupun setelah tahun 2018.

Harga minyak WTI naik kepada $63.55 setong dan Brent naik kepada $68.89 setong setakat jam 04.35 p.m.

Harga emas mula mencatat penyusutan dalam sesi Eropah kepada 1,330.70.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat