US Dolar Semakin Layu – Pasaran Lebih Cenderung Pilih Mata Wang Berisiko!

939

US dolar menyusut hampir kepada paras terendah 3 bulan pada hari Jumaat dan mencatat kerugian mingguan berbanding matawang utama yang lain. Sentimen pasaran masih dipengaruhi oleh harapan terhadap kemajuan vaksin dan mengharapkan pemulihan ekonomi global.

US dolar susut lebih dari 2.2% pada bulan ini kerana sentimen pasaran global meningkat berikutan kemenangan Joe Biden dalam pilihan raya Amerika Syarikat, pengumuman keberkesanan vaksin Covid-19 dan lonjakan harga komoditi. Laporan seperti ini telah mengurangkan permintaan pasaran terhadap matawang safe haven.

Pengumuman keberkesanan vaksin telah berjaya meningkatkan keyakinan pelabur walaupun kes postif pandemik Covid-19 terus meningkat.

Penganalisis berpandangan bahawa US dolar cenderung menyusut lebih lanjut pada hari Jumaat tanpa adanya data yang mampu menjadi pemangkin. Tambahan pula pasaran sedang lagi cuti berikutan perayaan Thanksgiving.

Risiko yang paling ditakuti olah pasaran kewangan sekarang adalah kegagalan vaksin untuk diedarkan pada suku pertama 2021. Risiko utama lain diikuti ialah lonjakan kes jangkitan Covid-19.

Presiden Donald Trump memberitahu pada hari Khamis bahawa beliau akan meninggalkan White House sekiranya Dewan Pemilihan mengesahkan kemenangan Joe Biden dalam pilihan raya baru-baru ini.

Kenyataan beliau sedikit sebanyak telah memberi kelegaan tambahan buat pasaran, walaupun Trump berulangkali mendakwa berlaku penipuan dalam pilihan raya tersebut.

Dolar greenback didagangkan stabil pada 91.828 berbanding sekumpulan matawang utama .

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat