US Dolar Susut Ke Paras Terendah 6 Bulan! Faktor Politik Punca Kejatuhan USD?

432

Matawang dolar Kanada terus mencatat pengukuhan dan matawang USD/CAD telah susut sebanyak 0.80% pada minggu ini. Setakat jam 10.10 p.m, pair USD/CAD didagangkan pada paras bacaan 1.3162 iaitu susut 0.39% dalam tempoh sehari. Pada awal bagi dagangan pair tersebut telah jatuh ke paras terendah 6 bulan lalu iaitu pada 1.3152.

Dari sudut fundamental, tidak ada apa-apa isu drastik di Kanada namun di A.S terdapat beberapa data yang dikeluarkan. Bilangan perumahan meningkat daripada 1.19 juta keapda 1.50 juta iaitu pencapaian tertinggi dalam tempoh 5 bulan. Kelulusan permohanan pembinaan juga meningkat iaitu daripada 1.24 juta kepada 1.50 juta.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menunjukkan penyusutan kepada paras 92.338 setakat jam 10.10 p.m.

Antara faktor yang mendorong penyusutan US dolar ialah faktor politik. Setakat ini,para penggubal undang-undang AS belum mencapai kata putus bagi rancangan rangsangan fiskal yang sangat diperlukan itu untuk menjana ekonomi A.S. Dalam masa yang sama persaingan merebut jawatan presiden juga mempengaruhi pergerakan matawang.

The Fed telah mengurangkan kadar faedah hampir kepada sifar dan kadar ini dijangka akan kekal untuk jangka waktu terdekat. Pasaran kini memberi tumpuan pada minit mesyuarat the Fed pada hari Khamis bagi mendapatkan ulasan data ekonomi terkini.

 

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat