US Dolar Tak Menentu Menjelang Laporan Pekerjaan NFP

209

US dolar memaparkan pemulihan pada sesi Eropah semalam untuk mengurangkan kerugian yang dialami pada Isnin ketika reaksi terhadap data tinjauan sektor pembuatan ISM diterbitkan.

Selepas pulih dari kejatuhan ke paras terendah 2 bulan, US dolar walau bagaimanapun dilihat gagal untuk mengekalkan pengukuhannya di sesi New York.

Ini disebabkan oleh laporan data JOLTS yang mengira jumlah pekerjaan yang ditawarkan di Amerika Syarikat (AS) pada April lalu lebih rendah berbanding angka ramalan.

Tidak mencapai ramalan 8.37 juta, tawaran pekerjaan yang dibuka adalah sebanyak 8.06 juta pada April, merekodkan jumlah terendah sejak Februari 2021.

Komponen pekerjaan yang pertama ini hadir dengan bacaan yang mengecewakan, seterusnya pasaran akan menantikan pula data ADP hari ini (Rabu) sebelum tumpuan lebih utama akan terarah kepada laporan NFP AS pada Jumaat.

Kesemua data berikut akan menjadi petunjuk penting untuk Federal Reserve (Fed) menentukan keputusan terbaik terhadap dasar monetari mereka.

Ketika data-data ekonomi AS yang terbaru diterbitkan dengan angka yang merosot, jangkaan semakin meningkat untuk Fed laksanakan pemotongan kadar faedah pada September nanti.

Namun jika sebaliknya, situasi boleh berubah berikutan ahli-ahli Fed masih berdegil untuk mengekalkan dasar yang sedia ada.

Berbeza berbanding bank pusat yang lain yang dijangka akan memulakan pemotongan kadar faedah pada bulan ini.

Pada sesi New York malam nanti, mesyuarat polisi bank pusat Kanada (BOC) dijangka akan menyaksikan pemotongan kadar sebanyak 25 mata asas kepada 4.75%.

Manakala, European Central Bank (ECB) pula dijangka akan mengikuti langkah yang sama pada Khamis untuk menurunkan kadar faedah kepada 4.25%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat