US Dolar Terus Mengukuh, Apakah Yang Menjadi Kegelisahan Pasaran?

872

Matawang US dolar mencecah paras tertinggi satu minggu berbanding matawang utama pada hari Rabu yang didorong oleh peningkatan hasil bon A.S dan penyusutan matawang Euro.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama catat pengukuhan 0.26% kepada paras dagangan 92.750 iaitu paras tertinggi sejak awal 1 September.

Menurut penganalisis matawang, US dolar sedang melakukan trend menaik didorong oleh hasil bon A.S dan pembukaan pasaran dari cuti hari buruh. Tumpuan kini beralih pada mesyuarat ECB pada keesokan hari.

Hasil Perbendaharaan 10 tahun meningkat sejak data pekerjaan yang dikeuarkan pada hari Jumaat sedikit mengecewakan pasaran namun kadar inflasi tetap tinggi. Hasil perbendaharaan telah naik 1.35% sejak laporan pekerjaan diterbitkan.

Disisi lain, kenaikan inflasi telah menyukarkan langkah susulan para penggubal polisi the Fed yang mengharapkan kemajuan dalam pasaran pekerjaan sebelum pengurangan pembelian bon.

Alan Ruskin , ahli strategi makro di Deutsche Bank, dalam masa yang sama terdapat beberapa kekhuatiran bahawa gaji nominal masih lagi ketinggalan dalam berhadapan kenaikan harga pengguna.

Para pelabur menantikan lebih banyak indikasi daripada para penggubal polisi untuk sebarang petunjuk baru mengenai kemungkinan perubahan dasar dengan jangkaan program tapering akan diumumkan pada akhir tahun ini.

Disisi yang berbeza, matawang Euro terus merosot menjelang mesyuarat ECB yang akan diadakan pada hari Khamis esok. Terdapat kemungkinan bahawa ECB dapat mengetatkan polisi monetari lebih cepat dari jangkaan berikutan kenaikan kadar inflasi.

Matawang Kanada terus menyusut berbanding US dolar susulan pengumuman pengekalan kadar faedah pada hari Rabu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat