US Dolar Terus Mengukuh, Apakah Yang Menjadi Kekhuatiran Pasaran?

703

US dolar catat pengukuhan tertinggi dua minggu berbanding matawang utama pada pembukaan pasaran Amerika Syarikat berikutan jangkaan pasaran bahawa Rizab Persekutuan memiliki kebarangkalian untuk melakukan ‘tapering’ lebih cepat dari jangkaan di tengah kenaikan kes Covid-19.

Indeks US dolar mengukuh sebanyak 0.22% berbanding enam matawang utama kepada paras dagangan 92.782.
Pemain pasaran akan terus memberi tumpuan kepada data-data ekonomi yang akan dikeluarkan pada minggu ini. Bermula dengan data harga pengguna A.S pada hari Selasa, dimana ia akan memberikan gamabaran yang lebih menyeluruh mengenai kemajuan ekonomi A.S menjelang mesyuarat the Fed pada minggu hadapan.

Presiden Fed Philadelphia, Patrick Harker menyatakan bahawa beliau cenderung untuk mahukan bank pusat A.S melakukan ‘tapering’ seawal tahun ini.

Menurut penganalisis FX di MUFG, lonjakan US dolar baru-baru ini adalah selaras dengan lebih banyak komen hawkish daripada penggubal polisi. The Wall Street Journal melaporkan pada hari Jumaat bahawa penggubal polisi akan berusaha untuk mementerai persetujuan mengenai pembelian bon pada bulan November.

Matawang Euro adalah antara matawang yang kehilangan momentum berbanding US dolar dengan susut 0.07% iaitu pada paras 1.1804. Hal ini adalah disebabkan ulasan Bank Pusat Eropah pada minggu lalu bahawa ia akan mula memangkas pembelian bon kecemasan.

Disisi lain, pengalisis National Australia Bank di Sydney menyatakan bahawa momentum pasaran memihak kepada US dolar. ‘Pembukaan semula ekonomi masih belum memangkin ekonomi secara penuh kerana pengguna masih berhati-hati. Dalam masa yang sama khuatir bahawa peningkatan kes Covid-19 dapat membawa kepada pengenalan langkah sekatan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat