US Dolar Tidak Mampu Mengekalkan Pengukuhan? Ini Sebab Utamanya!

467

Matawang US dolar yang menjadi pilihan para pedagang matawang sejak akhir-akhir ini didagangkan mendatar sebelum mengukuh kembali berbanding matawang lain pada hari Selasa berikutan data buruh yang lemah. Walaupun terdapat kenyataan positif daripada Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell mengenai ekonomi namun pengukuhan US dolar terbantut selepas laporan data buruh yang dikeluarkan tidak mampu mendorong pengukuhan US dolar.

Jabatan Buruh A.S telah mengeluarkan bahawa dapatan laporan Penawaran Pekerjaan Baru dan Kadar Pertukaran Pekerja menunjukkan penawaran kerja pada bulan Januari jatuh kepada kira-kira 6.43 juta. Bacaan ini tersasar daripada jangkaan penganalisis yang mensasarkan pada bacaan 7 juta.

Pengerusi Federal Reserve (Fed) A.S, Jerome Powell menyatakan keyakinannya kepada Kongres bahawa ekonomi Amerika Syarikat berada dalam keadaan baik walaupun terhadap ancaman yang berpotensi daripada wabak koronavirus dan kebimbangan terhadap kesihatan ekonomi jangka panjang.

Powell mengekalkan pendirian FOMC terhadap dasar monetari semasa akan menyokong pertumbuhan ekonomi secara berterusan, pengukuhan pasaran buruh dan memacu inflasi untuk mencapai sasaran 2%, malah ia akan dikekalkan selagi indikator-indikator ekonomi A.S masih konsisten.

Sementara itu matawang pound terus mencatat pengukuhan berbanding US dolar berikutan data yang dikeluarkan sejak akhir-akhir ini menunjukkan bahawa ekonomi UK tidak terus susut lebih lanjut pada suku keempat tahun lepas.

Matawang pound kukuh kepada paras $1.2959 berbanding US dolar setakat jam 10.45 p.m dengan Presiden Bank Pusat Eropah, Christine Lagarde menyatakan bahawa ahli EU perlu mengadopsi lebih banyak langkah pendukung fiskal terutama dari Jerman yang merupakan salah satu ekonomi besar EU.

Pada ketika ini pasaran dihimpit dengan kekhuatiran terhadap penularan wabak koronavirus. Kebanyakkan penganalisis berpendapat bahawa penularan wabak ini dapat memberi kesan terhdap ekonomi global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat