US Dollar Bergelut di Paras Agak Rendah Dalam Permulaan Dagangan Sesi Asia

53

US Dollar bergelut di dalam dagangan pada Isnin apabila berlegar dalam dagangan terendah dalam tempoh enam bulan berbanding dengan matawang utama yang lain apabila pelabur menilai kesan ketidaktentuan masalah politik di AS dan kebangkitan matawang Euro.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan matawang US Dollar kali terakhir dinilai meningkat sebanyak 0.1 peratus pada Jumaat. Bagaimanapun, ia masih berlegar dalam nilai paling rendah sejak 9 November.

Pelabur di Asia juga terus memantau keadaan di Semenanjung Korea selepas Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik ke perairan pantai timur pada Ahad iaitu ujian kali kedua dalam tempoh seminggu.

Pyonyang juga berkata pada Isnin bahawa mereka telah berjaya untuk menguji perantaraan jarak peluru berpandu balistik apabila ujian tersebut menunjukkan kemajuan dalam keupayaan untuk mencapai sasaran Amerika Syarikat.

Berbanding matawang Yen, US Dollar melonjak sebanyak 0.2 peratus kepada 111.43 Yen.

Euro menyusut sebanyak 0.1 peratus kepada $1,196 selepas meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh enam bulan kepada $4,1212 pada Jumaat.

Peningkatan ekonomi di Zon Euro telah meningkatkan jangkaan pasaran terhadap keputusan dasar oleh Bank Pusat Eropah yang dijangka akan lebih dovish di dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan yang akan datang.

Pada masa yang sama, Presiden Donald Trump juga dalam perjalanan ke Timur Tengah sambil meninggalkan drama politik di Washington yang dikatakan boleh menjejaskan janji pentadbiran yang mengandungi pelan pembaharuan cukai dan rangsangan fiskal.

Cadangan bajet Trump dijadual akan berlangsung pada Selasa termasuk potongan Medicaid yang mencadangkan perubahan kepada program bantuan lain termasuk untuk rakyat yang berpendapatan rendah.

Pelabur juga memberi tumpuan kepada prospek kenaikan kadar oleh Fed pada bulan depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat