US Dollar Berpotensi Mengekalkan Trend Bullish Walaupun Pasaran Bakal Berehat Sempena Krismas

43

Pasaran menjadi semakin perlahan pada Jumaat menjelang cuti Krismas hujung minggu ini walaupun US Dollar dijangka akan meneruskan mode bullish ekoran data positif yang dikeluarkan semalam.

US Dollar menjunam kepada 117.55 Yen selepas mencapat tahap yang paling tinggi seminggu yang lalu.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan matawang utama yang lain kali terakhir dinilai pada 103.05.

Semalam, laporan menunjukkan pertumbuhan ekonomi AS pada suku ketiga dinilai lebih baik daripada ramalan awal penganalisis. Namun begitu, laporan yang agak mengecewakan dari data perbelanjaan peribadi serta jumlah pendapatan menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang agak lembab suku ini.

US Dollar meningkat secara besar-besaran kerana pasaran menjangkakan prospek pertumbuhan ekonomi yang lebh baik di bawah pentadbiran Trump.

Menurut Ray Attrill, Pengarah Global Bersama Pasaran Matawang di NAB, perbezaan dasar monetari boleh dilihat dengan lebih ketara pada tahun 2017 dengan pengetatan dasar oleh Fed.

Sementara itu, BoJ, ECB dan BoE pula dijangka akan melonggarkan lagi dasar bagi mematapkan kedudukan mereka. BoJ dan ECB juga sedang giat berusaha untuk mengekalkan kadar hasil jangka pendek mereka ke dalam wilayah negatif bagi meluaskan lagi jurang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat