USD Bakal Kukuh Semula Minggu Ini?

909

Setelah ditutup menguat pada dagangan hujung minggu berikutan data pekerjaan yang lebih baik daripada jangkaan, US dolar kembali didagangkan menyusut berbanding matawang utama pada pembukaan sesi Asia hari ini.

Laporan NFP yang diterbitkan, menunjukkan ekonomi AS telah menambah 1.8 juta pekerjaan pada bulan Julai berbanding jangkaan untuk penambahan sebanyak 1.6 juta, membawa penurunan kadar pengangguran kepada 10.2%.

Walau bagaimanapun, bacaan ini pada hakikatnya masih lemah, menunjukkan perjalanan Amerika Syarikat ke arah pemulihan masih panjang dan bergelora.

Dalam pada itu, pada Jumaat, pentadbiran Presiden Donald Trump telah mengenakan sekatan terhadap ketua pemimpin Hong Kong, Carrie Lam dan sepuluh pegawai kanan lain ekoran penglibatan mereka dalam pergolakan politik di wilayah itu.

Selain itu, Trump juga menandatangani empat perintah eksekutif, iaitu memperpanjangkan program faedah pengangguran dengan nilai sebanyak $400 dan menangguhkan kutipan cukai gaji sehingga Disember.

Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menghentikan pengusiran dari perumahan sewa yang mempunyai sokongan kewangan persekutuan dan melanjutkan kadar faedah sifar untuk pinjaman pelajar yang dibiayai secara persekutuan.

Tindakan ini diambil susulan kegagalan dalam perbincangan antara Republikan dan Demokrat AS mengenai pakej rangsangan fiskal baru yang telah diusahakan selama berminggu-minggu.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan susut pada 93.35.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat