USD Bangkit Lebih Jauh, Apakah Yang Menyokong Raja Mata wang Ini?

943

US dolar meraih pengukuhan untuk meningkat lebih tinggi pada dagangan awal minggu dengan masih memanfaatkan sokongan daripada data pekerjaan NFP Amerika Syarikat.

Bacaan yang lebih kukuh dalam laporan pekerjaan AS secara tidak langsung mengurangkan tekanan buat Federal Reserve (Fed) menamatkan pengetatannya dengan segera.

Pelabur kini menjangkakan Fed akan melaksanakan kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat polisi FOMC bulan depan.

Bagaimanapun, data inflasi AS yang bakal dikeluarkan minggu ini akan diteliti terlebih dahulu oleh pasaran untuk petunjuk yang lebih jelas.

Ketika sesi Asia, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback sedikit susut pada 102.42 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Meneliti pergerakan pasaran lebih luas, mata wang euro terus berundur lebih jauh untuk didagangkan pada sekitar harga 1.0870 berbanding greenback.

Sementara dagangan pound juga menyusut, dengan harga berlegar pada sekitar harga 1.2400 berbanding US dolar pada sesi Asia.

Yen pula tergelincir ke paras terendah 4 minggu berbanding greenback selepas gabenor baharu Bank of Japan (BOJ) Kazuo Ueda mengatakan masih terlalu awal untuk menarik balik pelonggaran dalam dasar monetarinya.

Hal ini kerana, perubahan tiba-tiba dalam dasar boleh menyebabkan kesan besar kepada pasaran, kata Ueda.

Dalam pada itu, dolar Aussie dan New Zealand terus memperpanjangkan penyusutan lebih rendah berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat