USD Berehat Sekejap Lepas Melonjak Tinggi

634

US dolar melonjak lebih tinggi berbanding matawang yen Jepun susulan kebangkitan semulan hasil perbendaharaan AS 10 tahun ketika pembukaan sesi Eropah.

Pasangan matawang USD/JPY melambung ke paras tertinggi sejak Jun dan diperdagangkan di sekitar harga 109.45, ketika hasil bon AS meningkat pada 1.65%.

Bagaimanapun, dolar greenback gagal memberi reaksi terhadap kenaikan hasil bon dengan indeks dolar terus didagangkan mendatar pada 92.75.

Susulan daripada data ekonomi AS yang memberangsangkan, dagangan US dolar terus menguat di sekitar paras ketinggian hampir 4 bulan berbanding enam matawang utama lain.

Euro sedikit meningkat berikutan dagangan US dolar yang bergerak perlahan, tetapi jangkaan untuk matawang euro kekal suram disebabkan tekanan daripada gelombang ketiga Covid-19 dan langkah vaksinasi yang perlahan di seluruh Kesatuan Eropah (EU).

Menteri Kesihatan Jerman memberitahu bahawa kapasiti penjagaan kesihatan negara itu mungkin akan mencapai hadnya pada bulan April disebabkan peningkatan mendadak kes coronavirus.

Sementara itu, matawang komoditi turut memaparkan sedikit peningkatan pada awal sesi Eropah. Namun, risiko terbaru daripada ketegangan antara China dan Australia boleh membataskan pergerakan dolar Aussie.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Menteri Perdagangan China mengumumkan bahawa mereka akan mengenakan tindakan anti-lambakan ke atas beberapa import wain Australia selama 5 tahun, berkuatkuasa mulai 28 Mac.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat