USD ‘Berehat’ Selepas Melonjak Tinggi, Bagaimana Pula Matawang Lain?

943

Matawang US dolar mengurangkan sedikit keuntungan yang dicatatkan susulan data pekerjaan yang kuat minggu lalu, namun masih didagangkan lebih kukuh berbanding pesaing utamanya.

US dolar diniagakan mengukuh berbanding euro yang didagangkan lemah di sekitar harga 1.17560, memperpanjangkan keuntungan yang diraih pada Jumaat ketika laporan pekerjaan AS yang kuat meningkatkan harapan pasaran untuk pengetatan dasar monetari yang lebih cepat oleh Federal Reserve (Fed).

Walau bagaimanapun, pelabur juga terus menilai ketidakpastian yang timbul di tengah peningkatan semula kes covid di seluruh dunia akan memberi kesan pada keputusan Fed akan datang.

Pada masa yang sama, tumpuan pasaran turut terarah kepada perkembangan pelan infrastruktur AS. Senat AS dilaporkan semakin hampir untuk meluluskan rang undang-undang insfrastruktur bipartisan bernilai $1 trilion yang mana akan melalui undian di Dewan Perwakilan pada peringkat seterusnya.

Optimisme ini membuatkan US dolar berhenti seketika daripada mencatatkan kenaikan, tetapi ia tidak kuat untuk mendorong raja matawang itu berundur dari paras tertinggi dua minggu berbanding kebanyakan matawang utama.

Matawang pound di bawah tekanan susulan ketidaktentuan politik yang berlaku di UK, di mana Perdana Menteri Boris Johnson dilaporkan mengancam untuk menurunkan Menteri Kewangan Rishi Sunak dari jawatannya pada hujung minggu berikutan isu kebocoran surat pelonggaran sekatan perjalanan.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand terus diperdagangkan lebih rendah berbanding dolar greenback yang kukuh, di tengah kebimbangan yang meningkat terhadap kes Covid-19 yang semakin meningkat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat