USD Berlegar Pada Paras 2 Minggu Tertinggi Berikutan Data Domestik Yang Kukuh.

545

Awal dagangan hari ini menunjukkan matawang NZD dibuka rendah selepas indeks harga pengeluar yang akan mencerminkan kadar inflasi negara itu dikeluarkan rendah dengan kejatuhan -0.9% pada suku tahun pertama 2019 selepas kenaikan sebanyak 1.6% pada tempoh sebelumnya.

Matawang AS Dolar hari ini didagangkan pada paras tertinggi dua minggu berbanding matawang-matawang utama yang lain, disokong oleh data ekonomi Amerika Syarikat yang kuat dan kenaikan dalam hasil perbendaharaan.

Data perumahan Amerika Syarikat hadir dengan bacaan yang teguh dan laporan tuntutan pengangguran mingguan menunjukkan kepada kekuatan yang berterusan dalam pasaran buruh ekonomi terbesar dunia itu.

Bukan itu sahaja, USD juga didorong oleh kelemahan matawang seterunya iaitu Euro dan Pound yang agak bersifat bearish buat masa ini. Euro khususnya dibebani dengan asas-asas ekonomi yang lemah dan kebimbangan dalam politik Itali manakala Pound pula ditekan oleh ketidaktentuan geopolitik Brexit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat