USD/CAD Bakal Tembus Paras Support 1.31300? Baca Ini Dulu

549

Terdapat risiko terbaru yang kini menjadi tumpuan para pelabur dalam pasaran iaitu ancaman taufan Laura yang memberi impak terhadap pasaran minyak mentah.

Ekoran amaran ribut taufan yang akan menyerang perairan Texas dan Louisiana, banyak fasiliti pengeluaran minyak terpaksa ditutup dan hal ini telah mendorong kenaikan pada harga minyak disebabkan jangkaan terhadap pengurangan bekalan dalam pasaran.

Faktor ini telah mendorong pengukuhan bagi matawang dolar Kanada semalam yang sensitif terhadap pasaran minyak mentah.

Berbanding US dolar yang sedang melemah berikutan kebimbangan pelabur terhadap matawang utama itu, dolar Kanada berjaya mengukuhkan kedudukan dengan penurunan harga dilihat pada carta pasangan matawang USD/CAD.

Harga yang membuat kenaikan sejak sesi Asia semalam telah menguji paras 1.32000 pada zon SBR (support become resistance) kemudiannya kembali membuat penurunan semula.

Kenaikan tersebut juga dilihat gagal melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang memberi isyarat trend bearish harga pada carta USD/CAD.

Namun, penurunan harga dilihat berdepan halangan untuk turun lebih rendah dari paras support 1.31400-1.31300.

Pada dagangan yang bersambung hari ini (Khamis), harga kembali pamerkan kenaikan semula dari support 1.31400 dan bakal menguji paras halangan MA50.

Jika kenaikan diteruskan, paras 1.32000 akan kembali diuji sebelum menuju paras ketinggian 1.32400.

Sebaliknya, jika harga membuat penurunan lebih rendah menembusi zon support 1.31400, paras tumpuan pada 1.31000 dilihat sebagai destinasi penurunan seterusnya.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat