USD/CAD Mula Tunjukkan Kenaikan Harga Setelah Mendatar Sejak Awal Minggu

382

Nilai dagangan dolar Kanada pada Rabu menyusut terkesan oleh penurunan pada harga minyak mentah ekoran kebimbangan para pelabur terhadap perkembangan rundingan dagang antara dua negara pengguna minyak terbesar dunia, Amerika Syarikat dan China.

Terbaru, dilaporkan bahawa kemungkinan perjanjian perdagangan AS-China tidak dapat ditandatangani pada sidang kemuncak di Chile bulan hadapan ekoran teks perjanjian yang belum dapat disiapkan. Walaupun begitu, kedua-dua pihak masih menyatakan rundingan berjalan lancar.

Namun, ketidaktentuan tersebut telah menimbulkan keraguan buat para pelabur dan bakal merencatkan sentimen positif pasaran.

Selain itu juga, Timbalan Menteri Tenaga Rusia menyatakan pada Selasa bahawa masih terlalu awal untuk membicarakan lebih mendalam berhubung tindakan pengurangan pengeluaran oleh OPEC dan sekutu, menambahkan lagi tekanan dalam pasaran minyak mentah.

Melihat pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD semalam, harga yang bergerak mendatar sejak awal minggu telah mencatatkan paras terendah terbaru sejak dagangan Julai lalu, kemudiannya telah menunjukkan kenaikan harga sekitar 60 pips lonjakan.

Kenaikan tersebut juga telah menembusi garisan Moving Average 50 (MA50) dan juga garisan trendline dan memberikan petunjuk awal berkemungkinan harga akan membuat kenaikan ke paras lebih tinggi.

Harga bergerak mendatar sejak awal sesi pasaran Asia bermula hari ini berikutan pelabur turut berwaspada menantikan keputusan mesyuarat bank pusat Kanada pada malam ini sebelum menyusul mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis.

Jika harga membuat kenaikan, paras resistance pada 1.31400 bakal diujji harga sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi berkemungkinan menuju pula ke paras 1.31800 yang berada pad zon SBR (support become resistance).

Namun jika harga kembali ditekan semula ke paras lebih rendah, harga bakal menguji semula paras terendah harian yang dicatatkan semalam sekitar 1.30400 sebelum menguji zon support dagangan Julai lalu di paras 1.30200.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat