Dolar Kanada pamerkan prestasi terburuk dalam kumpulan mata wang utama minggu ini ketika pasaran terus didagangkan tak menentu dan berisiko.
Faktor utama yang mendorong kejatuhan Loonie adalah penurunan pada harga minyak mentah global menyaksikan minyak WTI hampir cecah $83 sementara minyak Brent ke paras $85.3.
Namun sedikit melegakan pasaran minyak global apabila dilaporkan kumpulan pengeksport petroleum (OPEC+) akan mengekalkan pemotongan pengeluaran untuk mengawal bekalan untuk mengimbangi aspek permintaan komoditi itu.
Pelabur juga akan berhati-hati menantikan terbitan laporan data pekerjaan Kanada pada Jumaat nanti yang akan diterbitkan bersama data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS).
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD, harga telah mencapai paras tertinggi 7 bulan setelah kenaikan diteruskan sehingga ke sesi New York semalam.
Jika diperhatikan pergerakan dari awal minggu, harga telah membuat kenaikan dari sekitar 1.35700 sehingga paras 1.37000 sebelum harga mendatar seketika di sekitar tersebut.
Lonjakan diteruskan semalam mencapai 1.37800 sebelum berundur turun semula menyambung dagangan hari ini (Khamis).
Paras 1.37000 menjadi support buat harga selain harga turut menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD tersebut yang boleh memberi isyarat untuk pergerakan selanjutnya.
Sekiranya harga meneruskan lonjakan lebih tinggi, rintangan adalah pada 1.38000 dilihat bakal diuji.
Harga juga akan terus mencatatkan paras ketinggian terbaru sekiranya dolar Kanada terus didagangkan lemah berbanding US dolar.
Sebaliknya, jika kekuatan kedua-dua mata wang itu bertukar, harga bakal alami penurunan semula berkemungkinan didorong oleh keputusan data pekerjaan masing-masing.
Susut di bawah paras 1.37000 akan menjangkakan penurunan lebih rendah menguji sekitar 1.36500 sebelum menuju paras tumpuan awal minggu pada 1.35700.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG