USD/CAD Tenggelam Rendah Menuju Dasar 1.2600

410

Mata wang komoditi pamerkan prestasi yang positif pada awal minggu ini dengan dolar Kanada dilihat terus mengukuh disokong juga oleh sentimen pasaran minyak.

Harga minyak dilihat terus meningkat dalam situasi yang terjejas di Texas sebagai lokasi pengeluaran terbesar minyak di Amerika Syarikat (AS) dengan gangguan bekalan elektrik sehingga Presiden Joe Biden mengisytiharkan darurat di kawasan tersebut.

Sebelum ini harga minyak telah kembali melonjak berikutan ketegangan yang meningkat di Timur Tengah.

Dilaporkan Arab Saudi telah menghancurkan sebuah drone yang penuh dengan bahan letupan dipercayai dilancarkan oleh kumpulan Houthi yang berpihak kepada Iran.

Selain itu juga, harapan terhadap pemulihan ekonomi dunia dengan agihan vaksin yang sedang dipergiatkan dijangka akan memulihkan kembali permintaan terhadap bahan bakar.

Diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD, penghujung minggu lalu menyaksikan kenaikan harga yang menguji zon SBR (support become resistance) di bawah 1.27800 sebelum turun semula menutup dagangan pada zon support 1.26700.

Bersambung dagangan di awal minggu ini, harga telah turun lebih rendah melepasi paras 1.26700 dengan dagangan pada sesi Asia melihatkan harga mencecah ke paras sekitar 1.26100 untuk mencatatkan paras terendah terbaru 4 minggu.

Penurunan yang diteruskan harga bakal menguji paras support pada 1.26000 sebelum harga meneruskan penurunan lebih rendah menuju ke paras 1.25200 yang menjadi paras support harga pada dagangan April 2018.

Sekiranya harga kembali membuat kenaikan semula, paras 1.26700 akan kembali menjadi tumpuan untuk harga menguji zon SBR tersebut.

Dan kenaikan yang melepasi semula zon tersebut akan meneruskan kenaikan menuju zon SBR 1.27800 dengan jangkaan perubahan trend bullish harga.

Lihat gambar carta pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat