USD Cemerlang Akhiri Dagangan Jun, EUR/USD Susut Lebih Rendah

525

Mengakhiri dagangan bagi bulan Jun, US dolar dilihat telah merekodkan prestasi bulanan yang terbaik sejak November 2016 dengan lonjakan nilai yang dipamerkan.

US dolar terus paparkan pengukuhan pada dagangan Rabu semalam yang menjadi penutup bagi bulan Jun sementara laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) akan menjadi tumpuan pada esok hari.

Perbincangan untuk pengetatan polisi oleh Federal Reserve (Fed), sentimen berisiko didorong kebimbangan penularan virus serta laporan data pekerjaan ADP untuk sektor swasta AS yang meningkat, menjadi antara faktor yang menyokong pengukuhan US dolar dalam pasaran.

Mata wang utama yang lain dilihat gagal membendung dominasi US dolar khususnya Euro yang terus melihatkan pergerakan suram sejak minggu lalu lagi.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga jelas menunjukkan penurunan dari paras 1.19000 untuk catatkan paras terendah mingguan.

Menepati jangkaan awal penurunan, harga telah menjejak ke paras support minggu lalu sekitar 1.18500 pada penghujung dagangan sesi New York.

Menjelang laporan NFP pada Jumaat, harga dijangkakan untuk meneruskan penurunan ke zon support pada 1.18000 sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru 12 minggu.

Sekiranya harga kembali membuat kenaikan pula, halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga akan memberi isyarat untuk perubahan trend.

Kenaikan harga di atas paras 1.19000 semula bakal mendorong jangkaan untuk harga meneruskan kenaikan ke zon rintangan tumpuan pada 1.20000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat