USD Hilang Tarikan, Komoditi Jadi Pilihan

538

Menjengah ke sesi Eropah, pasaran mata wang kekal bergerak tenang ketika US dolar terus mempamerkan pergerakan yang terbatas.

Raja mata wang itu sedikit tergelincir pada pembukaan sesi, sebelum menghapuskan beberapa penyusutan untuk indeks dolar kembali stabil pada sekitar harga 103.00 berbanding pesaing utama.

Terdahulu, data PMI menunjukkan sektor pembuatan Amerika Syarikat terus menguncup pada bulan Jun, mencatatkan angka paling lemah sejak Mei 2020.

Dalam pada itu, menjadi tumpuan pelabur hari ini adalah keputusan mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA) yang telah mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada 4.10%.

Bagaimanapun, bank pusat itu turut memberi petunjuk mengenai kemungkinan kadar faedah akan terus dinaikkan pada tahun ini bagi memerangi inflasi.

Ekoran itu, dolar Aussie hanya mencatatkan sedikit penyusutan sebelum memadamkan kerugian tersebut untuk didagangkan pada sekitar harga 0.6678 berbanding US dolar.

Sementara itu, mata wang komoditi lain, dolar New Zealand pula kekal diniagakan lebih kukuh pada sekitar harga 0.6180 berbanding US dolar.

Mata wang euro dan pound pula dilihat terus terperangkap pada sekitar harga yang sama berbanding greenback walaupun terdapat turun naik dalam pergerakan harga.

Dalam pada itu, yen terus meniti di bawah sekitar harga 145.00 berbanding US dolar yang menjadi paras kritikal mata wang itu sejak minggu lalu.

Secara keseluruhannya, pergerakan mata wang dijangka kekal terhad menuju sesi New York, ditambah pula dengan penutupan pasaran AS sempena cuti Independence Day hari ini.

Di sisi lain, minyak mentah didagangkan meningkat selepas Arab Saudi berkata ia akan melanjutkan pemotongan pengeluaran minyak sukarela sebanyak 1 juta tong sehari selama satu bulan lagi termasuk Ogos.

Ia sekali gus menyokong dagangan dolar Kanada untuk turut didagangkan sedikit lebih tinggi berbanding greenback.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat