USD Jadi Pemacu EUR/USD ‘Bearish’ Di Awal Minggu

127

US dolar pamerkan pengukuhan pada pembukaan pasaran awal minggu semalam ekoran sentimen pasaran yang dinilai berisiko sekaligus mengubah corak pergerakan raja mata wang itu berbanding minggu sebelum ini.

Pelabur berwaspada apabila berita penularan Covid-19 semakin bertambah sejak hujung minggu lalu dengan lonjakan kes jangkitan di bandar-bandar tumpuan di China.

Malah kematian telah mula dilaporkan di Guangzhou dan Beijing, antara bandar tumpuan ekonomi yang pasti akan turut menjejaskan rantaian global.

Euro sebagai mata wang anti-USD kembali didagangkan tertekan apabila greenback mula pamerkan pengukuhan pada sesi-sesi awal dagangan semalam.

Namun, pergerakan harga lebih mendatar pada sesi New York sementara pelabur kekal berhati-hati menuju terbitan laporan minit mesyuarat FOMC serta data PMI pembuatan dan perkhidmatan di Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

Ini dapat diperhatikan pada pergerakan carta pasangan mata wang EUR/USD dengan corak menurun harga yang dipaparkan setelah harga mendatar di bawah zon 1.04000 minggu lalu.

Penurunan harian semalam dicatatkan sekitar 100 pips sebelum harga mendatar di sekitar 1.02400 yang menjadi paras sokongan semasa buat harga.

Ada sedikit lantunan perlahan pada dagangan yang bersambung di sesi Asia pagi Selasa ini, namun harga masih dinilai bergerak dalam trend bearish yang berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.

Sekiranya penurunan harga diteruskan lagi, harga yang susut di bawah 1.02400 dijangka akan menuju zon tumpuan 1.01600-1.01000 sebelum pelabur menilai reaksi harga untuk petunjuk pergerakan harga selanjutnya.

Melepasi zon tersebut barulah harga akan mensasarkan untuk ke paras pariti 1.0000 semula.

Sebaliknya, jika harga berjaya melonjak melepasi 1.03000 dan halangan MA50, pelabur akan menilai isyarat awal untuk perubahan trend harga semula.

Kenaikan bakal diteruskan menuju rintangan 1.04000 untuk diuji sebelum dilanjutkan ke paras ketinggian dicapai minggu lalu sekitar 1.04800.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat